Komponen konkrit Konkrit

Komponen konkrit ditentukan pada awalnya semasa campuran dan akhirnya semasa menuang konkrit. Jenis struktur yang dibina dan kaedah pembinaan menentukan bagaimana konkrit diletakkan dan dengan itu menentukan komposisi campuran.

Simen

Simen Portland merupakan simen paling biasa digunakan. Ia merupakan bahan asas bagi konkrit, mortar pembinaan dan plaster. Jurutera British, Joseph Aspdin mepaten simen Portland pada tahun 1824, dan ia dinamakan sempena tebing batu kapur di Kepulauan Portland Isle of Portland di England disebabkan warnanya, menyerupai batu yang dikuari di situ. Ia terdiri daripada campuran kalsium oksida, silikon dioksida dan aluminum oksida. Simen Portland dan bahan seumpamanya dihasilkan dengan memanaskan batu kapur (sumber kalsium) dan selut dengan mengiling bahan ini (dikenali sebagai klinker), dengan sumber sulfate (biasanya gypsum). Apabila bercampur air ,serbuk yang terhasil akan membentuk hidrate pepejal selepas tempoh tertentu.

Aplikasi suhu tinggi, seperti oven batu-bata dan seumpamanya, pada kebiasaannya memerlukan penggunaan konkrit pantulan, disebabkan konkrit berasaskan simen Portland mampu musnah atau dirosakkan oleh suhu tinggi, tetapi konkrit refraktori (refractory concretes) mampu tahan keadaan seperti itu.

Air

Air boleh digunakan bagi menghasilkan konkrit. Nisbah air berbanding simen ( w/c ratio - water to cement) merupakan faktor utama menentukan kekuatan konkrit. Nisbah w/c akan menghasilkan konkrit yang lebih kuat, sementara nisbah w/c lebih tinggi menghasilkan konkrit dengan kekuatan yang kurang. [2] Paste simen merupakan bahan yang terbentuk hasil campuran air dan bahan bersimen; iaitu bahagian konkrit tanpa agregat atau sokongan. Kelenturan atau kelikatannya ditentukan oleh kandungan air, jumlah kandungan pes simen dalam campuran keseluruhan dan ciri-ciri fizikal (saiz maksima, bentuk dan gred) agregats.

Agregats

Campuran air dan simen mengeras dan semakin kukuh dalam tempoh tertentu. Untuk mendapatkan penyelesaian yang ekonomik dan pratikal, kedua-dua agregat halus dan kasar digunakan bagi membentuk sebahagian besar campuran konkrit. Pasir, anak batu dan batu kelikir merupakan bahan utama yang digunakan bagi tujuan ini. Bagaimanapun, ia semakin menjadi kebiasaan bagi agregat dikitar semula (dari sisa pembinaan, perobohan dan pembongkaran) untuk digunakan sebagai sebahagian penggantian agregat semulajadi, sementara sebahagian agregat bahan sampingan industri, termasuk sanga (sisa) relau bagas dingin udara (air-cooled blast furnace) dan abu bawah adalah juga dibenarkan.

Batu perhiasan seperti kuarza, anak batu sungai atau serpihan kaca kadang kala ditambah kepada permukaan konkrit sebagai perapian "agregat terdedah" akhir, popular dikalangan pereka penghias laman.

Campuran tambahan (Admixtures)

Campuran tambahan adalah bahan dalam bentuk serbuk atau cecair yang ditambah kepada konkrit bagi memberikannya ciri-ciri tertentu yang tidak terdapat pada konkrit biasa. Dalam kegunaan biasa, dos campuran tambahan adalah kurang dari 5% jisim simin, dan ditambah kepada konkrit pada maca campuran / batch. Jenis campuran tambahan biasa adalah:

  • Pemecut bagi mempercepatkan proses hidration (pengerasan) konkrit.
  • Perencat (Retarder) memperlahankan penghidratan campuran simen bagi menambah masa kerja.
  • Memasukkan Udara bagi menambah dan mengedarkan buih udara kecil dalam campuran simen, yang akan mengurangkan kerosakan semasa kitaran cuaca beku dan cair.
  • Pemplastik boleh digunakan bagi meningkatkan kebolehkerjaan plastik atau konkrit "baru", membenarkan ia diletakkan lebih dengan mudah, dengan usaha yang sedikit. Superpemplastikan membenarkan konkrit yang direka khusus mengalir setiap sudut walaupun disekeliling alang besi yang sesak, Pilihan lain, mereka boleh memilih untuk mengurangkan kandungan air dalam konkrit (pengurang air) sementara masih memelihara kebolehkerjaan. Ini meningkat ciri-ciri kekuatan dan ketahanannya.
  • pigmen boleh digunakan untuk mengubah warna konkrit, bagi kecantikan.

Tambahan

Tambahan merupakan bahan bukan organik yang sangat halus kebiasaannya mempunyai ciri-ciri pozolan atau ciri-ciri hidraulik pendam. Ia ditambah semasa penggaulan konkrit untuk meningkatkan kepunyaan campuran simen. Istilah ini tidak digunakan apabila bahan tersebut ditambah di kilang sebagai salah satu unsur simen campuran.

  • Abu terbang: Satu hasil sampingan logi janakuasa arang batu, ia digunakan sebahagiannya bagi menggantikan simen Portland (sehingga 60% jisimnya). Ciri-ciri debu terbang bergantung kepada jenis batu arang yang dibakar. Secara umum, debu terbang bersilika adalah pozzolanic, sementara debu terbang berkapur debu mempunyai ciri-ciri hidraulik pendam.
  • Sanga relau bagas yang digiling (Ground granulated blast furnace slag - ggbs): Satu hasil sampingan pengeluaran keluli, digunakan sebahagiannya bagi menggantikan simen Portland (sehingga 80% jisim). Ia mempunyai ciri-ciri hidraulik pendam.
  • Wasap silika: Satu keluaran sampingan pengeluaran aloi silikon dan ferosilikon. Wasap silika adalah menyerupai abu terbang abu, kecuali ia mempunyai zarah bersaiz 100 ganda lebih kecil. Ini menghasilkan suatu permukaan yang lebih tinggi berbanding nisbah isipadu dan reaksi pozzolanic yang tindak balas lebih pantas. Wasap silika digunakan bagi meningkatkan kekuatan dan ketahanan campuran simen, tetapi pada umumnya memerlukan penggunaan superpemplastisan agar mudah digunakan.